Posts

Showing posts from February, 2013

Psikologist mengatakan... :)

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yg mempunyai jiwa yg sangat sunyi. 2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia org yang kuat bersedih. 3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia. 4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yg lemah. 5. Kalau senang menangis meskipun benda yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati lembut. 6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang. Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri. Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu....

promosi TG2KM... :)

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera disebabkan kehangatan TG2KM makin terasa iaitu berlangsung dari 18-31 MAC 2013 maka di sini ade sedikit promosi yang ingin ema tunjuk dan berharap semua pengunjung hadir pelbagai aktiviti menarik dan menjanjikan yang terbaik untuk anda penaja media rasmi TG2KM jom follow di twitter

gadisku srikandi terbilang... :)

Ketika Allah menciptakan wanita , Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan... Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya... Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan... Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini.. .Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"" Tetapi , Engkau membuatnya begitu halus & lembut""Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa""Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat....Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya...Malaikat itu menyentuh dadanya...

senandung budi... :)

Berbudi dan berbahasa Ke mana pergi ingat sentiasa Biarpun cantik paras dan rupa Akhlak mulia yang lebih utama Budi bahasa dipelihara,  Sopan santun dijaga Berbakti berbuat jasa Nama dikenang bagai pendita Biar bercerai jasad dan nyawa Disebut orang di setiap masa Jangan biar diri dihina, Kerna sifat tercela Bunga pagi bunga di darat Bunga seroja tepi kali Hinanya besi kerana karat Hina manusia tak berbudi Ke sawah menuai  padi Bekal dilupa jangan Hidup bersendikan budi Sombong jangan amalkan Hilang bahasa kerana emas Hilang budi kerana miskin Budi ditabur tak hendak dibalas Baru sempurna  zahir  batin Budi bahasa budaya kita, Jadi amalan bersama Berbudi dan berbahasa Ke mana pergi ingat sentiasa Biarpun cantik paras dan rupa Akhlak mulia yang lebih utama Budi bahasa dipelihara,  Sopan santun dijaga Bunga  cina  d...

Sakit Itu Ujian ALLAH... :)

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera.. harap semua sihat... bace tajuk je pun dah dapat agak, ema nih mesti sakit.. apelah post yang die nak citer kali nih.. hehe.. yeah, btol tuh.. cerita bermula mcm nih, 4 hari sblom buka sem baru nih, ema datang UKM coz ade perkampungan TG2KM siri kedua.. natykan kedatangan TG2KM kali ini.. hehe.. nak promote sikit... ema slalu kuar wat marketing dan smpai ke SEREMBAN agy, cari crown dan ke HOTEL THE ROYALE BINTANG... ade hal.. jadi asyik kene panas la kan... lepastu dalam KTM plak sejuk je.. badan nih terkejut dengan perubahan cuaca... badan ema nih lemah sikit, jadi biler sakit je sikit, teros lemah.. petang tuh ema ke KAJANG plak, panas plak tuh smpai ke 8 malam ema kat sane... balek je teros meeting.. perkampungan TG2KM mmg tiap malam ade meeting.. kene beritahu ape yg kite dapat untuk ari itu... esoknyer ema tak kemane cume siapkan report dan bincang tentatif untuk program.. mase nih badan pun dah lemah-lemah sangat... ahad y...

bahagia itu milik ALLAH... :)

Wahai hati yang baik. Yang sarat dengan rasa sayang. Yang disakiti. Tapi tak pernah membenci. Yang dilukai. Tapi tak pernah berdendam. Yang memberikan kebaikan Tetapi disembunyikan. Yang selalu memberi. Tapi tak minta dihargai. Yang selalu mengalah. Tapi sebenarnya belum pernah kalah. Ingin memiliki hati sebaik hati itu. Wahai Pemilik isi hati, dengarkanlah. Ingin mencontohi hati setulus hati itu. Wahai Pemilik isi hati, tunaikanlah. Ingin mengikuti hati selurus hati itu. Wahai Pemilik isi hati, makbulkanlah. Ingin sekali bersatu dengan hati seperti itu. Wahai Pemilik isi hati, izinkanlah. Agar hati ini kuat, tidak goyah. Bagaikan ada hati lain yang mengimbangi. Agar hati ini tidak jatuh dan patah. Bagaikan ada kayu penyokong bertegak gagah. Agar hati ini sentiasa di bawah naungan rahmat Tuhan. Bagaikan ada hati lain yang turut mendoakan kesejahteraan.

istikharah cinta... :)

Bersaksi cinta diatas cinta Dalam alunan tasbih ku ini Menerka hati yang tersembunyi Berteman dimalam sunyi penuh do'a Sebut nama Mu terukir merdu Tertulis dalam sajadah cinta Tetapkan pilihan sebagai teman Kekal abadi hingga akhir zaman Istikharah cinta memanggilku Memohon petunjukmu satu nama teman setia Naluriku berkata Dipenantian luahan rasa Teguh satu pilihan Pemenuh separuh nafasku Dalam mahabbah rindu diistikharah cinta..

trip ke SABAH!!!

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera semua. dah lame ema xupdate blog ni kan.. so dah agak berhabuk. ema excited sangat nak citer pasal trip ema ke sabah. idea dan kenangan ni muncul mencurah2.. menggigil mase nak tulis nih..hehe... ok tahniah ema ucapkan kepada penganjur program ema, Farid... die yang jadi tulang belakang program nih... aktiviti bermula pada 21/1 tapi ema ade perkampungan TG2KM, jadi pada tarikh 23/1 ema baru berlepas ke sabah.. excited giler nak g sabah, 1st time plak tu naik flight... lepas je meeting mlm 22/1 tu dlam pukul 10 mlm kteorg semua bergerak ke LCCT. ema dan 2 org kwn ema begerak dgn keta yg lain naik ets, rugi ema xikot diorg naik ets.. xpela, smpai je kat LCCT yg lain xsmpai agy.. cium tangan ibu n abah sedih tau walaupun pegi sabah je... ibu n abah kate suruh hati2... dlam 1am baru lah yg lain smpai, 1st dpat tido kat airport... walaupun flight pkul 10.20am.. bayangkan lah kene tunggu kat sane... ema paling bnyak soalan mengenai bag dan mase b...