Tanda-tanda EGO...
BAPA orang-orang ego ialah syaitan. Timbulnya ego berpunca dari sifat-sifat ke'aku'an, iaitu bila terasa diri lebih 'best' dari orang lain. Mula-mula ego dengan manusia, kemudian ego dengan Tuhan . Itulah perangai syaitan. Syaitan juga mencipta sejarah sebagai makhluk pertama yang berputus asa dari rahmat ALLAH. Begitulah secara ringkas sejarah penyakit ego ini. Berikut adalah di antara tanda-tanda ego. Marilah kita selidik-selidik diri kita, kot-kot kita tergolong dalam golongan orang ego. Antara tanda-tanda ego: 1. Apabila diberi jawatan terasa seronok dan terhibur. Rasa diri memang layak untuk mendapat jawatan. 2. Apabila tidak dilantik, rasa tidak senang. Tidak mahu terima kepimpinan yang telah ditunjuk. 3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya kepada anak buah. 4. Kalau dia merupakan seorang pengikut, payah mahu taat kepada arahan pemimpin. 5. Emosional, mudah tersinggung. 6. Mudah marah, cepat melenting. 7. Suka berkawa...