Posts

Showing posts from November, 2013

Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata...

Image
Di sini saya ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mengurangkan rabun mata. Semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun, saya tengok kawan-kawan saya ramai jugak yang rabun dan terpaksa menambah power 'spec mata'. Jadi, saya tiba-tiba teringat ilmu yang ustaz saya ajar ni.. Jadi kawan-kawan, masa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini: فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬ (sila rujuk surah qaf (ق) ayat yang ke 22) Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dalam gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua-dua mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri) InsyaAllah, sentiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah.. InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita. copy paste.. :)

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan. Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku. 1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26) Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin. 2. “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwi...

Api Itu Panas...

Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril A.S. supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka Jibril A.S. pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah. Jibril : Wahai Zabaniah. Aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam A.S. Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ? Jibril : Sebesar kurma. Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi akibat kepanasannya. Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma... Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak akan ada...

Penat...

KEKADANG AKU TERLALU PENAT DENGAN SEMUA INI DAN LARI DARI SEMUA YANG TELAH AKU CIPTAKAN SENDIRI HANYA ILLAHI YANG TAHU TUJUAN KU DIA MENENTUKAN SEGALANYA SEANDAI DAPAT KU PUTARKAN KEMBALI DRTIK ITU AKAN KU JAGAINYA HANYA SETAHUN SAHAJA UNTUK AKU MENEMPUH SEGALANYA MOHON DIBERI KEKUATAN MOGA DIBUANG SEGALA RASA BENCI INI