Posts

Showing posts from April, 2012

Kegemilangan ISLAM...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....             Video ini mengisahkan perjuangan para syuhada zaman Nabi Muhammad S.A.W. dalam menegakkan Islam dan kemakmuran sejagat.               Kita sebagai umat zaman ini haruslah menghayati perjuanagn sirah Baginda yang begitu suci dalam menegakkan Islam. Saya mengagumi masa perjuangan zaman Bani Abbasiyyah yang telah memperkenalkan pelbagai alatan moden dan buku-buku ilmiah dan sehingga kini masih wujud tetapi telahpun diputarbelitkan oleh orang Barat.          Sama-samalah kita menghayati Video ini semoga memberikan pengajaran kepada kita semua. Assalamualaikum.

komen...komen...komen...

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Disebabkan tanggal 24/4 set 5 APLIKASI KOMPUTER buat rombongan ramai-ramai ke PTSL. Dan diberi tugasan untuk men'gomen' mengenai 2 video korporat yang kami saksikan. Disebabkan sebelum ke UKM ni, saya telah pun melihat video tersebut jadi rasa sangat teruja dapat masuk ke U yang terkemuka dan idaman ramai ni. Tapi apabila masuk indah khabar dari rupa kerana apa yang saya bayang bukan apa realitinya. Contohnya tentang bas ditempat yang salah dan percakapan diantara mereka sendiri. Tapi saya percaya bahawa ini merupakan pengenalan UKM kepada luar supaya mereka bersemangat belajar di UKM ni.

kASih IBu...

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bersama ibu dan abah... :) Pengorbanan seorang ibu semestinya tidak akan terbalas oleh kita. Kasih seorang ibu membawa ke syurga. 9 bulan 10 hari di dalam perut kita dikandungkan. Ramai anak-anak yang lebih rapat dengan ibu mereka. Selama ini EMA rasakan ibu  tak pernah tua masih berumur di dalam lingkungan 40++ tahun. Sayu rasa hati bila mengenangkan segala susah payah seorang ibu.

DaFtaR seMestEr 3!!!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera...                         Bagi pelajar FEP tentulah menantikan tarikh-tarikh untuk daftar semester 3 kan?? Disini saya ada lampirkan sedikit informasi mengenai pendaftaran semester 3. Tarikh untuk mendaftar akan bermula daripada 7-13 MEI 2012(SEMINGGU SAHAJA). Cara mendaftar adalah di SMPWEB. Sesi pembelajaran pula akan bermula daripada 2 JULAI - 17 OGOS 2012 (TUJUH MINGGU).  Terima Kasih...

PerJalAnaN bUDAk U??

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Dengar tajuk pun dah gempak, jadi cerita pun kenalah gempak juga... Dipendekkan cerita tanggal 7hb September masuklah aku ini ke UKM selepas hampir 4 bulan berehat dirumah sehabisnya zaman matrikulasi. Persiapan sebelum kemasukan ke UKM disusun rapi. Dari segi pemeriksaan kesihatan kepada barang-barang kelengkapan diri yang baru. Biasalah kalau masuk ke universiti ataupun pelajar yang masuk ke semester baru barang-barang yang lama haruslah ditukar.

Buku: OFFLINE DENGAN SYAITAN

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Disini saya nak kongsikan pada anda semua buku yang baru habis saya baca tajuknya OFFLINE DENGAN SYAITAN yang telah ditulis oleh ZULKIFLI KHAIR yang telah diterbitkan oleh PTS ISLAMIKA SDN. BHD. Buku ini mempunyai 132 mukasurat yang terbahagi kepada 3 bahagian.

Cara mudah mencari muka surat dalam Al-Quran

Image
Cara mudah mencari muka surat dalam Quran..!!!   Mari Kita Cuba....! Al- Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia) Tip yang nak kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. Jom sama-sama kita belajar...