Posts

Showing posts from September, 2013

Kegembiraan Yang Sukar Diucap.. :)

TELAH TERUNGKAI SEGALA TEKA-TEKI, SEPERTI HIDUP BARU, MUNCUL DENGAN PENUH PELANGI, TERBIT SINAR BAHAGIA ITU, SAYANG KERANA ADA AURA DIWAJAHMU, MENYULAM SERIBU JANJI DAN SETIA, MELIHAT DIRIKU BUKAN YANG RAPUH. TERIMA KASIH SEDAR KAN DIRI INI, PERCAYALAH TIADA YANG MAMPU MENGHALANGNYA, SEKARANG HANYA KUASA YANG MAHA ESA, DIA YANG MENENTUKAN SEGALANYA. MENJADI LUAHAN KETIKA DIWAKTU SEDIHKU, MENDENGAR RINTIHAN KECILKU, MEMAHAMI TUGAS DAN TANGGUNGJAWABKU, MEMUJUK DENGAN TEGASMU YANG TERSENDIRI, KERANA ITU LAHIRLAH HATI YANG BARU, MENYEMAI KALBU YANG SAYU.

satu pencarian... :)

Telah berubah segala rasa, telah hilang semua upaya, kini yang ada harapan baru, menjulang peribadi indah, bukan mudah menerima, tapi satu kebenaran belum terungkai, kekecewaan itu lebih pedih dari mata pedang. Bangunlah dari  tidur lenamu, diulit mimpi bayangmu sendiri, pelihara dirimu menjadi yang mekar, seperti buah epal yang tinggi diatas dahan, ranum, cantik namun sukar dicapai. Adakah aku yang perlu merungkai segala kepayahan ini, bagaimana jika aku tersilap langkah, salah menongkah kata, salah dibalik bayang-bayang indahmu, aku tahu perasaan indah itu, tapi percayalah itu hanya bisikan syaitan, yang hanya ingin melalaikan anak adam. Aku tahu kau kuat, melalui kepayahan ini, percayalah satu hari akan ada kebenaran, disebalik penipuan ini. Dan kau, aku hanya ingin dirimu sedar, berpegang pada janji, jangan memainkan naluri indah nan satu.

Jalan-jalan ke Melaka.. :)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tanggal 1hb Sepetember, ema menghantar adik ema ke UTEM Melaka untuk sesi pengambilan pelajar baru. Akhirnya semua anak Zakaria dan Rohanah sudah ke Universiti.. hehe.. Selesai pendaftaran dan ke kolej amir di Kolej Emerald. Ema dan family bercuti bersama keluarga di Melaka. Tengok gambar je ye.. :) UTEM Melaka Kolej Emerald Utem Melaka River Cruise Melaka Sentral Hotel Menara Taming Sari A Famosa Pokok Melaka Masjid Selat Melaka Coconut Shake Pantai Klebang

Majlis Pertunangan Yasmin & Abg Igun

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin korang. Selama kata-kata di blog ini harap dimaafkan. Ema juga manusia biasa yang sering membuat salah. Ada satu entry yang Ema tulis pasal nih pada awal bulan 4 dulu baca nih Bercuti Bersama Adilin . Kalau ada yang faham tuh.. TAHNIAH!!! Alhamdulillah, tanggal 24 OGOS 2013 telah termeterai dua hati yang saling merindui dan menyintai. Cewah, ayat tak nak kalah. Tahniah kepada Abg Igun dan Yasmin yang telah mendapat gelaran Tunangan Orang. Cerita bermula sehari sebelum hari kejadian, Ema dan Abil pergi ke Mid Valley untuk mencari kad untuk diorang. SusAH nak cari kad bertunang nih, kahwin jer banyak. Akhirnya dapat juga 2 kad, satu untuk Abg Igun dan satu lagi Yasmin. Balik je terus pergi bilik kak Aten tulis kad sampai pukul 2 pagi. Bangun je pagi hati ema dup dap dup dap, macam ema yang nak bertunang.. hehe.. Dalam pukul 8 semua berkumpul kat kafe KKM, dengan bertemakan warna pink.. Antara romb...