kerana dirimu begitu berharga...
apa yang anda akan dapat bile hisap rokok?? duit habis... anak bini mungkin sakit... orang disekeliling akan membenci... ini adalah sebuah cerita sebenar... bukan ingin mengaibkan namun REALITI... dia insan yang kusayang. namun tabiatnya yang merokok membuatkan diri ini berkecil hati... kekadang ada juga ema menyorokkan rokok dia namun die tetap mencari dan memarahi orang disekelilingnya yang membuat perkara tersebut. tika ema sedang makan pernah ema tegur kerana ema tak dapat bernafas masa die tengah merokok. tapi die diam. ema tak nak membantah tapi ema menjauhkan diri sebentar ketika makan. sehinggakan kalau die tengah merokok ema takkan makan walaupun hanya sekeping roti. kerana asapnya bisa membuatkan ema berhenti bernafas. puas ibu menasihatinya namun mungkin tiada kesan. hinggalah satu ari pada akhir tahun 2010. die balik dari kerja tibe jalan macam terhuyung-hayang. ema bertanye kenapa, abah hanya menjawab die rase macam kebas satu badan. ema bawa ...