Posts

Showing posts from October, 2013

Usah Bersedih...

Image
sedih atas apa yang terjadi bukan ku pinta tapi ianya berlaku dengan pantas seperti air mata yang membasahi pipi laju deras rebah kebumi mungkin kini dirimu mulai sedar kita tidak hadir untuk bersama tangisan aku dulu hanya aku yang rasa sedangkan dirimu bahagia bersama si dia sejak itu aku mulai pasrah terhadap ketentuan Ilahi mungkin akan ada yang terbaik buat dirimu tentang diriku biarlah menjadi tanda tanya mungkin belum sampai masanya aku juga ada salah aku juga melukai dirimu waktu dulu dengan kerana terluka kau cuba melangkah ke dunia baru dan ketika itu aku merasakan itulah pelangimu menerangi malam kelam mu kegembiraan ketika kau tidak bersama ku namun mentari tidak selalu memancarkan sinarnya kekadang disulami hujan beserta guruh bergempita dilangit  seperti itu juga dirimu jangan melepaskan jika dia yang terbaik aku tidak sanggup melihat engkau didalam kesusahan doaku sentiasa mengiringi jalan mu dan ...

15 Anugerah Wanita Yang Tidak Ada Pada Lelaki.. :)

Image
1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah S.A.W. Keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat? " Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki. 2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan. 3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya. 4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah). 5. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi." ...

Senyumlah... :)

Image
Senyumlah dikala dukamu, jua makin melebarlah ketika riangmu, jangan memandang kebelakang, merenung kisah dukamu, meratap pemergiannya. Dirimu masih ada Ya Rabb, DIA MAHA MENDENGAR, MAHA MELIHAT, mendengar doamu moga dikabulkan cintamu itu, jangan dibiar sepi kekosongan tanpa maksud. Aku tahu kau kuat hadapi kegagalan itu, jangan ada dendam, itu ujian Allah menyayangi kita, DIA tidak akan menguji jika seseorang itu tidak mampu menghadapinya. Aku rindu melihat senyumanmu, manis mengukir, ketawamu bersulam indah, kembalilah yang dulu, mungkin aku tidak dapat kembalikan senyuman itu, dan berharap insan itu melebarkan senyumanmu yang dulu.

Entri Ke-100... :)

Image
Alhamdulillah, dah hampir 2 tahun blog nih hidup hasil nukilan Ema. Banyak cerita suka dan duka. Bagi Ema biarlah blog ini menjadi diari Ema suatu hari nanti. Dah lama Ema niat untuk menulis kesemua entri dalam post kali ini.. :) Penghasilan blog nih disebabkan terpaksa.. hehe.. Kursus Aplikasi Komputer memerlukan kami membuat blog, kalau kelas Ema tak kisah kita nak cerita pasal apa pun. Dan kalau tengok memang akan ada sedikit pasal kerja di blog nih. Itupun menyumbang kepada entri ke 100 ini. Blog nih penuh dengan perasaan, perkongsian yang Ema sendiri hadapi. Biarlah apa orang kata, kita punya blog dan perasaan kita sendiri. Kalau kita asyik amik kisah cerita orang sampai bila kita tak berjaya dan dapat berdiri diatas kaki sendiri. 1. Assalamualaikum 2. Putrajaya 3. Tips Menyembuhkan Mata Rabun 4. Superbike di TG2KM 5. Suasana di UKM 6. Assignment on Excel 7. Kolej Matrikulasi Johor 8. Cara Mudah Mencari muka surat dalam Al-Quran 9. Buku: Offline Dengan Syaitan 1...

Thesis oh Practical... :)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. yeay, Ema dah melangkah ke tahun baru dan juga tahun akhir.. kejap je rasa. dan tahu akhir juga, bakal adanya kertas ilmiah dan latihan industri. Ha, melopong kejap nih. Kita mula dengan kertas ilmiah atau lebih popular disebut thesis. Dapat sv (penyelia) memang last minute, iaitu minggu pertama semester 5. Sedangkan ramai yang dah ada sv, Ema pun tanya lah kawan yang mane sv diorang kosong lagi. Alhamdulillah, Dr Aini sebab sv. Dia pakar dalam Ekonomi Pembangunan, cuma Ema tiada berkesempatan kelas dengan dia. Tapi sebelum jumpa, kawan Ema dah nasihat kena ada tajuk dulu. Ema mulanya nak buat pasal keberkesanan dasar-dasar dan menggunakan secondary data, tapi sv nih jenis suka primary data. Ikutkan ajelah. Dan hasilnya. PERANAN AKTIVITI HILIRAN DALAM MENINGKATKAN PENDAPATAN WANITA: KAJIAN KES DI TANAH RANCANGAN FELDA PALONG, NEGERI SEMBILAN. Ha, panjang betul tajuk dia. Setakat nih bab 1 dan bab 2 dah hampir sia...