Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata...
Di sini saya ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mengurangkan rabun mata. Semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun, saya tengok kawan-kawan saya ramai jugak yang rabun dan terpaksa menambah power 'spec mata'.
Jadi, saya tiba-tiba teringat ilmu yang ustaz saya ajar ni..
Jadi kawan-kawan, masa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:
فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yang ke 22)
Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dalam gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua-dua mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)
InsyaAllah, sentiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..
InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.
copy paste.. :)

Comments