Suasana di UKM...

Assalamualaikum pembuka bicara... 
Post kali ini ema nak cerita sikit pasal tempat-tempat menarik di UKM ni. Pertama, dimulakan dengan Kolej Keris Mas. Mesti anda tergelakkan, yelah inilah kolej kediaman ema yang tersayang. Orang kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri. Betullah tu, hampir setengah tahun dah kat KKM ini jadi akan kita rase kolej sendiri paling bagus.


Keris adalah simbol KKM
Seterusnya, TAMAN PAKU PAKIS di depan Fakulti Sains dan Teknologi. Pelbagai jenis paku pakis dapat ditemui. Maaflah nama-namaya ema tak ingat kerana semuanya panjang-panjang..


Antara paku pakis di TAMAN PAKU PAKIS

Akhirnya, adalah tempat bagi ema sangat cantik iaitu diatas puncak bukit KOLEJ IBU ZAIN. YA, ALLAH sungguh besar kebesaran MU. Sangat cantik, bagi pelajar sekitar UKM digalakkan berjalan dan berekreasi daripada anda pergi jauh-jauh. UKM sudah ada semua kelengkapan..


Pemandangan di puncak KOLEJ IBU ZAIN.




Terima kasih..
ASSALAMUALAIKUM...

Comments

Popular posts from this blog

Buku: OFFLINE DENGAN SYAITAN

kASih IBu...

Pemergianmu…