pantang larang orang dolu-dolu...
assalamualaikum dan salam sejahtera...
erm, ni smua gare2 kawan ema sms n ntah mcm mane bleh msok pasal pantang-larang nih...die cakap perempuan tak elok duk kat pintu rumah naty tak ade orang masok meminang...hehe..btol ke??
so dengan bersemangat kat sni ema nak kongsikan skit...
Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai satu renungan kita bersama.
erm, ni smua gare2 kawan ema sms n ntah mcm mane bleh msok pasal pantang-larang nih...die cakap perempuan tak elok duk kat pintu rumah naty tak ade orang masok meminang...hehe..btol ke??
so dengan bersemangat kat sni ema nak kongsikan skit...
Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai satu renungan kita bersama.
- panjat pokok betik, nanti burut batu.
- kerat kuku malam, pendek umur.
- tidur pakai baju, nanti digigit lipan.
- kalau selalu panjat tiang, jadi lambat besar.
- makan duduk bertenggong, payah dapat rezeki.
- bawa makanan tidak bertutup, nanti diludah hantu.
- duduk atas nyiru, nanti jatuh ke dalam perigi dalam.
- kucing jangan dimandi, nanti turun hujan dan ribut.
- buang najis atas kubur, nanti buruk punggung.
- makan tidak basuh pinggan, nanti kudis kepala anak.
- makan nasi mentah, nanti ditumbuhi jerawat.
- meniup api berdua, nanti salah seorang akan jadi bisu.
- duduk dalam lesung, nanti kena penyakit buasir.
- tidur meniarap, lekas mati emak.
- makan kepala ikan, benak mengaji.
- orang muda makan kerak nasi, jadi pemalas.
- makan kepala ayam, susah hendak berkhatan.
- orang yang belum bersanding jangan makan leher ayam, nanti mengantuk diatas pelamin.
- kanak2 tidak boleh makan daging lidah, nanti tidak khatam mengaji dan lain2 lagi.
- makan semasa kepala bergondol, dipercayai lekas mati isteri.
- mengata-ngata nama buruk sesuatu tempat keramat atau tempat pujaan, nanti mulut jadi herot.
- bersiul dalam rumah, nanti rumah akan dinaiki oleh ular besar.
- makan buah kembar, nanti beranak kembar.
- bergambar bertiga akan lekas mati salah seorang daripadanya.
- berjalan di waktu senja nanti akan disorok oleh hantu.
- bersikat malam hari nanti rosak mata.
- bermain di tengah hujan panas, akan dirasuk oleh hantu dan jadi demam.
pada pendapat ema xsalah kte ikot bergantung pada situasi la...
mgkin utk menjadikan kita lebih berhati2 n berdisiplin dalam hidup...
sume ni hanyalah kata orang2 tua je pun, takde betulnye. contohnye,
orang2 dulu cakap, "kalau bergambar bertiga, mesti salah seorang akan
mati dan biasanya yang tengah." tapi sejak dulu lagi ema banyak
bergambar bertiga, Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan umur sampai
sekarang.
trime kasih kerana membca...
Comments