hati... :)

assalamualaikum dan salam sejahtera...

sejak belakangan ini ema rasakan orang disekeliling bermain dengan emosi
ema bukan peramal rasa
tetapi bisa diduga pada air muka
senyum ada pahitnya
ketawa ada sedihnya
pertuturan tiada yakinnya
kenapa anda??

ema bukan penasihat terbaik mahupun tidak amik kisah
cukup sekadar mendengar masalah dirimu
kerana ema tahu apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya
ada sesetengah gemar bercerita pada ema
disebabkan ema dikatakan lebih banyak mendengar dari bercerita
ema akan menjadi pendengar dan ada kalanya bercerita
mengikut mood ema... :)

ema akui ema bukan pendengar yang baik
kerana itulah ema rela berdiam
diam bererti berfikir
diam bererti memahami

terima kasih atas luahan itu wahai dunia... :)

Comments

Popular posts from this blog

Buku: OFFLINE DENGAN SYAITAN

kASih IBu...

Pemergianmu…