perempuan ini... :)
adakah salah untuk diri ini bersikap dingin
kerana ku tahu apa yang dirimu lakukan
amat menyakitkan hati
namun ku cuba memendam rasa negatif
untuk menjadi yang lebih bersabar dalam segala hal
memang anda tidak pernah tahu
sikapku yang yang sebenar kerana anda hanya memikirkan diri
buang jauh-jauh perasaan itu
telah aku azamkan
kerana ada yang tidak senang atas kedinginan ini
aku bukan wanita yang bisa di kalahkan
walaupun aku diam dengan kata-kata kejian
dan penuh makna itu
anda harus menerima pendapat orang lain
dan arahan
bukan hanya menyuruh tanpa ada tunjang yang sebenar
selagi diri ini mampu bertahan
akan ku tahan
tapi jika tidak
aku mungkin akan bersikap acuh tidak acuh
pada dirimu
*seseorang perempuan itu marah ataupun garang kerana dia ingin menjaga hati tetapi apabila bersama kawan perempuan dia seorang yang penyayang dan bersikap penuh keayuan...
Comments