meniti sebuah kehidupan... :)

usia ku menjangkau ke 21
bagi aku itu satu umur ke arah matang
tapi dimana diukur matang
pada umur atau perwatakan seseorang itu
dan selepas pelbagai liku yang memang sakit untuk di titi
akan datang jua kebenaran dan cahaya
cuma tidak tahu dimana akan tiba

aku bersyukur sepanjang kesedihan itu
aku sibuk dan leka dengan tanggungjawab
walaupun terkadang ia datang tanpa diminta
bagiku cukuplah apa yang berlaku
berikan pada yang berhak
dan aku mulai sedar
dan faham erti hidup
sedikit demi sedikit

dikelilingi insan-insan tersayang
yang ada ketika aku susah dan senang
Allah yang memudahkan segalanya
walaupun aku akui lemah pada mulanya
kerana ia satu jangka masa yang panjang
dan kini aku pasrah

aku ingin mengecapi yang acap kali aku doakan
biarlah ia menjadi rahsia Allah
kerana DIA yang mengatur segalanya
dan aku sendiri tidak mahu berjumpa pada waktu terdekat ini
biarlah segalanya reda
biar orang lain mengatakan apa pun
namun aku sendiri yang tahu siapa aku

penantian ini biarlah betul
sehingga sampai waktunya
jika masa menentukan
maka biarlah ia
bersabarlah wahai penunggu hati

aku gembira diusia remaja dan dewasa
makin diredah, makin mencabar
penuh dengan warna
penuh dengan kasih sayang
penuh dengan penderitaan
penuh dengan tangisan

semoga senyuman itu akan dinantikan
setiap waktu

#TERIMA KASIH GROUP KUBIS!!!

Comments

Popular posts from this blog

Buku: OFFLINE DENGAN SYAITAN

kASih IBu...

Pemergianmu…