terima kasih affan... :)
Selesai ijab dan kabul.
Selesai sesi membuka segala hadiah pemberian tetamu yang hadir.
Maka kini tinggal kami berdua.
Pertemuan pertama kami, atas permintaan keluarga.
Orang kata cinta selepas nikah itu indah.
Hadith dari Abi Said RA..
”Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka.”
Al-Hadith....
#ps: nama dan karekter tiada sesiapa pun pada penulis.. :)
hanya sekadar tulisan...
Selesai sesi membuka segala hadiah pemberian tetamu yang hadir.
Maka kini tinggal kami berdua.
Pertemuan pertama kami, atas permintaan keluarga.
Orang kata cinta selepas nikah itu indah.
Affan: Assalamualaikum isteriku.
Umaira: Waalaikummussalam, suamiku.
Affan: dah pukul 1 pagi nih, kenapa tak tidur lagi?
Umaira: (Nak jawab ape nih, malunya)
Affan: Sayang...
Umaira: Kenapa terima Ira sebagai isteri sedangkan ramai kat luar sana yang lebih baik. (Terluah jua ayat tuh)
Affan: (Duduk disebelah ku sambil mengenggam erat tanganku) Sebelum abang jawab, abang nak Umaira panggil 'abang'. Ira ingat tak masa zaman universiti dulu Ira terjatuh tangga library dan orang yang ketawa paling kuat kat situ abang la.
Umaira: (Berfikir). Aaaa bang? Tapi apa kaitan dengan perkahwinan kita?
Affan: Lepas je peristiwa tuh abang slalu nampak Ira kat library. Muka Ira menenangkan abang dan ada sesuatu yang special pada Ira. Dan abang selalu berdoa sayang akan jadi suri di hati abang satu hari nanti. Ira mesti tak perasan semua tuh kan?
Umaira: Rupanya abang selalu ada di sekeliling Ira ke? Ira tak perasan pun, pasal gelak paling kuat tuh Ira malu sangat sampai tak tahu pun siapa.
Affan: Lepas je habis pengajian abang nak terus pinang Ira tapi abang dihantar oleh papa ke Labuan untuk membantu papa dalam projek terbarunya disana dan dalam masa yang sama abang dapat tahu Ira kembali jumpa dengan cinta pertama Ira. Masa tu abang rasakan abang kena buat sesuatu untuk jadikan Ira yang halal untuk abang. Walaupun masa tu abang tak tahu hubungan Ira dengan kekasih lama Ira.
Umaira: Ira masa tuh bingung dengan apa yang jadi, tapi Ira tak pernah hadirkan dia didalam hati Ira lagi. Maafkan Ira abang. Pertemuan tu semua tak disangka, kebetulan kereta Ira rosak dan dia lalu pada waktu itu. Ira tak ada pilihan lain. Lagipun dia dah jadi tunang orang.
Affan: Tak pe sayang, abang baru tahu pasal itu. Maafkana bang bersangka buruk pada Ira. Hari ini abang dah dapat Ira dan harap Ira hanya untuk abang walaupun abang bukan yang pertama tetapi abang harap Ira jadikan abang yang terakhir dalam hati Ira dan sayang bagi abang adalah yang pertama dan terakhir.
Umaira: Ira akan jadi pengubat duka lara abang. Dan mengharapkan cinta kita berakhir ke Jannah.
satu kucupan sayang hinggap didahiku.
dan ketika itu air mataku tumpah tanda bersyukur diberikan suami yang menjaga hubungan kami tanpa melafazkan sebelum kami dinikahkan.
jika dibandingkan dengan diriku.
terasa sayang itu hadir seperti sudah lama kami mengenali.
sungguh aku katakan cinta selepas nikah itu indah.
Hadith dari Abi Said RA..
”Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka.”
Al-Hadith....
#ps: nama dan karekter tiada sesiapa pun pada penulis.. :)
hanya sekadar tulisan...
Comments