Usah Bersedih...
sedih atas apa yang terjadi
bukan ku pinta
tapi ianya berlaku dengan pantas
seperti air mata yang membasahi pipi
laju deras rebah kebumi
mungkin kini dirimu mulai sedar
kita tidak hadir untuk bersama
tangisan aku dulu
hanya aku yang rasa
sedangkan dirimu bahagia bersama si dia
sejak itu
aku mulai pasrah terhadap ketentuan Ilahi
mungkin akan ada yang terbaik buat dirimu
tentang diriku biarlah menjadi tanda tanya
mungkin belum sampai masanya
aku juga ada salah
aku juga melukai dirimu waktu dulu
dengan kerana terluka kau cuba melangkah ke dunia baru
dan ketika itu aku merasakan itulah pelangimu
menerangi malam kelam mu
kegembiraan ketika kau tidak bersama ku
namun mentari tidak selalu memancarkan sinarnya
kekadang disulami hujan
beserta guruh bergempita dilangit
seperti itu juga dirimu
jangan melepaskan jika dia yang terbaik
aku tidak sanggup melihat engkau didalam kesusahan
doaku sentiasa mengiringi jalan mu
dan sehingga kini masih aku tidak faham
mengenai naluri itu
jika dia ingin menyakiti hati lain
adalah salah pada pandangan mataku
dan aku juga bersalah dalam hal ini
kerana dusta yang telah diwujudkan
bangkitlah dari kesedihanmu
lupakan segalanya kenangan yang telah dicipta
siapa sangka orang yang disayangi akan pergi
jauh meninggalkan bersama dia
andai ada jodoh kita
akan ada pertemuan itu

Comments