Thesis oh Practical... :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
yeay, Ema dah melangkah ke tahun baru dan juga tahun akhir..
kejap je rasa.

dan tahu akhir juga, bakal adanya kertas ilmiah dan latihan industri.
Ha, melopong kejap nih.

Kita mula dengan kertas ilmiah atau lebih popular disebut thesis.
Dapat sv (penyelia) memang last minute, iaitu minggu pertama semester 5.
Sedangkan ramai yang dah ada sv, Ema pun tanya lah kawan yang mane sv diorang kosong lagi.
Alhamdulillah, Dr Aini sebab sv. Dia pakar dalam Ekonomi Pembangunan, cuma Ema tiada berkesempatan kelas dengan dia. Tapi sebelum jumpa, kawan Ema dah nasihat kena ada tajuk dulu.
Ema mulanya nak buat pasal keberkesanan dasar-dasar dan menggunakan secondary data, tapi sv nih jenis suka primary data. Ikutkan ajelah. Dan hasilnya.
PERANAN AKTIVITI HILIRAN DALAM MENINGKATKAN PENDAPATAN WANITA: KAJIAN KES DI TANAH RANCANGAN FELDA PALONG, NEGERI SEMBILAN.
Ha, panjang betul tajuk dia.

Setakat nih bab 1 dan bab 2 dah hampir siap dan haruslah ada touch up kan.




Ha tengok tuh, banyak benar yang salah. Dan satu lagi Ema kena dah fikir nak pergi Palong mana. Masih mencari data dan masyarakat setempat yang dapat membantu. Mungkin dua atau tiga kali Ema akan ke sana. Kena fikir transport lagi. Fuhhh..

Ok seterusnya, pemilihan untuk latihan industri (practical/intern). Sekarang nih dah boleh pilih, tapi mungkin sistem belum lagi terima. Kena sabar dulu. Ini antara company yang Ema nak. Hehe..




Moga semester ini ditempuhi dengan jayanya.. :)

Amiin...

Comments

Popular posts from this blog

Buku: OFFLINE DENGAN SYAITAN

kASih IBu...

Pemergianmu…