Aku Manusia Biasa...
Tika ini, sebagai pelajar tahun akhir membuatkan aku makin tertekan. Dengan thesis dan study yang entah bila akan bermula dan berakhir. jika nak akhirnya maka kita perlulah memulakannya. adakah aku sahaja yang merasakan perasaan ini, mungkin sebab dari zaman sekolah membawa ke matrik pelbagai yang aku tempuhi, jadi sudah tiba masanya aku mengubah diri aku.
walau apa yang jadi kini, aku tidak ingin jadi lemah. biarlah orang kata apa pun. kekadang kita merasakan diri kita bodoh dengan apa yang kita buat. bagi aku salah, kerana kita menidakkan takdir. aku juga pernah jatuh, jadi aku tahu situasi itu. mungkin satu hari aku akan membawa diri dan terlahirlah amalina yang baru.
tidak ada garisan duka mahupun air mata kesedihan. aku ingin membahagiakan keluarga aku. membalas budi yang tidak akan terbalas di dunia. setitik air susu ibu mampukah kita bayar dengan segunung emas. kepayahan ayah mencari rezeki mampukan di balas dengan selautan duit. tidak kan.
kita hanya manusia biasa yang Allah ciptakan untuk bersyukur dan mencari redhaNYA. baru aku tahu makin kita dewasa makin banyak dugaan. Kita kata,seronoknya menjadi anak kecil kerana segalanya diuruskan tetapi mungkin anak kecil pula berkata,betapa gembiranya menjadi orang dewasa sebab semuanya boleh dilakukan sendiri. Kesimpulannya.. hargailah setiap detik kurniaan Allah dan buatlah yang terbaik agar kita akan mendapat yang terbagus di Akhirat nanti.
Comments