Buku: OFFLINE DENGAN SYAITAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Disini saya nak kongsikan pada anda semua buku yang baru habis saya baca tajuknya OFFLINE DENGAN SYAITAN yang telah ditulis oleh ZULKIFLI KHAIR yang telah diterbitkan oleh PTS ISLAMIKA SDN. BHD. Buku ini mempunyai 132 mukasurat yang terbahagi kepada 3 bahagian.
Bahagian1 menceritakan MENGENAI IBLIS DAN SYAITAN. Dimana dimuatkan mengenai bagaimana iblis enggan taat pada Adam kerana ia dijadikan daripada api sedangkan Adam dijadikan daripada tanah. Di dalam buku ini juga menurut Ibnu Qaqyyim al-Jauziyah, iblis berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan, iaitu Tsabar, Dasim, Al-Awar, Miswath dan Zaknabur. Disebabkan oleh jangka hayat iblis begitu panjang, sudah pastilah mempunyai pengalaman yang cukup luas bagi memperdaya dan menyesatkan manusia. Mereka memiliki 1001 strategi dan teknik bagi menyesatkan manusia, bergantung kepada keadaan manusia itu.
Bahagian 2 pula menceritakan mengenai TEKNOLOGI SYAITAN MENYESATKAN MANUSIA. Satu cara adalah dengan menitipkan rasa waswas atau ragu-ragu dimana istilah saintifiknya adalah OBSESSIVE-COMPULSIVE DISORDER(OCD). Syaitan turut membisikkan keraguan dalam kepercayaan kepada Tuhan dan rukun iman yang lain. Contohnya seperti benarkah Al-Quran itu wujud dan benarkah Nabi Muhammad itu rasul terakhir? OCD dapat dipulihakan dengan penyucian jiwa dan kepercayaan kepada Allah.
Bahagian 3 ini amat menarik iaitu bertajuk FIREWALL DARIPADA SYAITAN. Antara yang menarik adalah kemas kini perisian anti syaitan dengan membaca doa perlindungan iaitu 'Aku berlindung kepada Allah daripada gangguan syaitan yang direjam'.Seterusnya refresh yang terbaik adalah sembahyang subuh ini kerana rantai syaitan yang mengikat manusia semasa tidur terungkai. Solatlah dimana-mana walaupun ketika berniaga dikhalayak yang ramai kerana solat adalh tiang agama. Kemuncak offline adalah ketika nazak begitu mencabar dan pada tahap maksimum.
Ini adalah antara rumusan mengenai buku ini.
Dapatkan dipasaran dengan harga RM13.00
Semoga beroleh manfaat.
Assalamualaikum.

Comments
kalu de mse bley la pinjam heheh
xyah bli :P