kASih IBu...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
| Bersama ibu dan abah... :) |
Pengorbanan seorang ibu semestinya tidak akan terbalas oleh kita. Kasih seorang ibu membawa ke syurga. 9 bulan 10 hari di dalam perut kita dikandungkan. Ramai anak-anak yang lebih rapat dengan ibu mereka. Selama ini EMA rasakan ibu tak pernah tua masih berumur di dalam lingkungan 40++ tahun. Sayu rasa hati bila mengenangkan segala susah payah seorang ibu.
EMA bersyukur mempunyai seorang ibu yang sangat menyayangi EMA. Tanpa semangat ibu, EMA rasa tak mungkin EMA berada di tahap ini. Tanpa ibu, EMA tak mungkin lahir di dunia ini dan tanpa ibu, EMA tak mungkin dapat mengharungi perjalanan yang penuh onak dan duri. Ya Allah..Kau panjangkanlah umur ibuku dan ayahku dan berikanlah kepada mereka kesihatan yang sempurna dan kau murahkanlah rezeki kami sekeluarga.Amin.
Ibu sentiasa ada bila EMA ditimpa kesusahan. Ibu sentiasa ada ketika EMA memerlukan ibu. Ibu... EMA rindu ibu. EMA sayang ibu. EMA nak sentiasa gembirakan ibu kerana kegembiraan ibu adalah kegembiraan EMA.
Tak dapat EMA bayangkan jika EMA kehilangan ibu. EMA anak yang paling rapat dengan ibu. Ibu tak pernah menghampakan EMA. Akan ditunaikan segala permintaan EMA jika dia berkemampuan. Tidak terbalas pengorbanan ibu oleh EMA. Allah yang Maha Mengetahui berapa banyak jasa ibu dan pengorbanan ibu terhadap EMA dan AMIR.
Ibu,
Maafkan EMA jika seandainya EMA pernah terkasar bahasa dengan ibu, mengguris hati ibu sebelum ini. Maafkan kami anak-anak ibu jika ada tingkah laku kami yang membuat ibu bersedih. Maafkan kami kerana tidak sedar yang ibu sudah semakin dimamah usia. Halalkan makan minum kami ibu. Kami janji kami akan sentiasa menggembirakan hati ibu dan abah. Tidak akan membuatkan ibu dan abah risau akan kami. Kami janji.
Kasih ibu,
Tiada apa dapat dibayar dengan kasih ibu. Tiada apa pun di dalam dunia ini yang mampu menggantikan kasih ibu. Hargailah ibu kita sebelum dia pergi meninggalkan kita atau kita yang akan meninggalkannya. Kucup tangan ibu dan dahi ibu kita agar kita sentiasa di dalam restunya. Renung mata dia sedalam-dalamnya dan kita akan lihat harapan di dalam anak matanya. Sesungguhnya kasih ibu dibawa ke syurga.
INSYALLAH...
Comments