PerJalAnaN bUDAk U??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dengar tajuk pun dah gempak, jadi cerita pun kenalah gempak juga...
Dipendekkan cerita tanggal 7hb September masuklah aku ini ke UKM selepas hampir 4 bulan berehat dirumah sehabisnya zaman matrikulasi. Persiapan sebelum kemasukan ke UKM disusun rapi. Dari segi pemeriksaan kesihatan kepada barang-barang kelengkapan diri yang baru. Biasalah kalau masuk ke universiti ataupun pelajar yang masuk ke semester baru barang-barang yang lama haruslah ditukar.


Seminggu menjalankan orientasi bagitu mencabar ini kerana bagai didalam penjara asyik kena marah sedangkan perkara kecil yang boleh di selesaikan secara bersemuka. Tapi selepas minggu orientasi barulah kami semua sedar bahawa fasilitator kami adalah seorang yang peramah dan boleh dijadikan teman rapat.

Bermulalah kehidupan dengan minggu-minggu di kuliah dan ada rasa semangat untuk mendapat anugerah dekan tersemat kedalam semua pelajar sama juga seperti diri ini. Duduk di universiti ini haruslah aktif dalam bersukan dan berpersatuan dan bukan 24 jam sahaja menghadap buku. Ini penting untuk meningkatkan keyakinan diri sebelum menempuh ke dalam bidang kerjaya. Tidak kurang juga seperti aku yang aktif dalam program kolej dan Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan. Aktif ini juga ada juga hadnya janganlah sehingga mengabaikan pelajaran.

Sebulan sebelum peperiksaan akhir semester masing-masing sibuk dengan kumpulan belajar dan penuhlah perpustakaan dengan pelajar-pelajar. Tapi haruslah diingatkan menjaga pemakanan dan tidur yang secukupnaya. Pada hari peperiksaan adalah hari yang paling mendebarkan bagi setiap pelajar kerana ini yang akan menentukan gred pada akhir semester nanti.

Selepas keputusan keluar dapatlah kita tengok pelbagai reaksi baik yang berjaya mahupun tidak. Janganlah cepat menyerah kalah mahupun berbangga diri kerana ujian itu adalh tanda ALLAH sayang pada kita. Aku ini tidah lah dapat anugerah dekan namun boleh dibanggakan dengan cara pembelajaran pada kali ini.

ALHAMDULILLAH... :)


Comments

Popular posts from this blog

Buku: OFFLINE DENGAN SYAITAN

kASih IBu...

Pemergianmu…