demam... oh demam...
| Sup Ketam |
Disebabkan pada 27/4-29/4 ema mengalami demam yang agak teruk bermula dengan sakit tekak yang amat sakit dan berterusan dengan selsema rasanya satu badan memang tak bermaya...
Ibu pun masaklah sup ketam kerana ramai juga orang kata sup ketam dapat menyembuhkan penyakit tapi smpai sekarang ema tak dapat cari kelebihan sup ini. Tapi selepas dua hari dapat lihat makin sembuh demam ema, tambahan mungkin kurang air dalam badan ema ini.
Disamping ibu memasak ema hanya tolong kacau-kacau je..hehe...
Disebabkan tak larat hanya itu yang mampu.
Bahan-bahan sup ketam:
ketam
bawang kecil
bawang besar
daun sup
air
serbuk sup
garam
asam jawa
1. Mula-mula siang ketam dan lumurkan dengan sedikit asam jawa untuk menghilangkan hanyir.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang kecil yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan ketam sehingga adanya merah dibadan ketam tersebut.
4. Masukkan air dan serbuk sup secukup rasa dan sedikit garam. Biarkan sehingga sup mendidih.
5. Akhir sekali, masukkan daun sup serta kacau sekejap dan tutuplah api.
SIAP AKHIRNYA... :)
EMA TAK PANDAI SUKAT-SUKAT INI ASAL SEDAP. OK LA TU...
Assalamualaikum...
Comments