kerana mulut pointer binasa!!!

assalamualaikum dan salam sejahtera.
dengan tajuk je dah gempak kan.
bukan nak kutuk sapa-sapa tapi kita sebagai pelajar haruslah hormat pada guru atau pensyarah kita.
walaupun pensyarah kita tidak pandai mengajar janganlah mengata kat pensyarah lain.
beritahu sendiri je kat pensyarah itu.
pensyarah itu boleh la meningkatkan pengajarannya lepas ini.
saya tahu anda pelajar yang pandai tapi fahamilah pensyarah yang telah banyak mencurahkan ilmu dan pelbagai soalan spot diberikan.

apabila pensyarah tersebut marah maka satu kelas akan rasa bersalah disebabkan seorang yang tidak reti jaga mulut ini.
dek kerana anda seorang satu kelas habis binasa.
dan mungkin disebabkan mulut anda maka pointer dekan yang anda dapat mungkin akan jatuh.
bukan mendoakan, tetapi ingatlah doa guru atau pensyarah itu amatlah tinggi.
janganlah disakiti hati mereka.
bersyukurlah apa yang ada dan diberi oleh pensyarah kita, mereka juga ingin melihat anak-anak muridnya berjaya.
kami yang tidak bersalah ini, rasa sangat bersalah dan mula memikirkan pointer untuk satu subjek yang agak susah tersebut.
selepas ini cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar(tak tahu lah betul ke tak..hehe..)
hanya mendoakan yang terbaik final anda.
semoga kita berolah pengajaran.
insyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

Buku: OFFLINE DENGAN SYAITAN

kASih IBu...

Pemergianmu…