hati 2... :)

assalamualaikum dan salam sejahtera...

anda
jangan pentingkan diri
tolong hormati orang lain
sikap anda membuatkan orang disekeliling melarikan diri
diri ini tetap bermanis muka disebabkan terpaksa

anda yang cuba menjauhkan diri
tolong bersikap matang walaupun seketika
riak wajah anda memberikan seribu erti
kata-kata anda turut memberikan seribu erti

anda menasihati orang lain
tapi anda juga berbuat demikian
diri ini tidak mengatakan diri ini semulia malaikat
tapi cukuplah sekadar berlapik ditempat dan masanya

diri ini tahu anda cuba ingin melihat dunia baru itu
tapi jangan abaikan kami ini
yang bersama-sama ketika kamu tidak mengenali dunia baru itu
dari dulu lagi sepatutnya tidak wujud dunia itu
namun anda tetap ingin tempuhinya
tetapi anda masih hijau dalam dunia itu

apa sahaja yang kita ceritakan tidak perlu disebarkan kepada orang tidak sepatutnya
diri ini kesal dengan sikapmu
membuka aib diri ini tanpa memahami hati ini
sedih sangat dengan dirimu
jika diri ini tidak berfikiran rasional pada tempatnya
akan ku tampar dirimu
kerana mulutmu itu
jangan pentingkan diri

diri ini tidak pernah berkata buruk mengenai dirimu
tapi hari ini tulisan ini untukmu
tapi ku tahu tulisan ini tidak dapat memberikan segala-galanya
ku masih menutup namamu
semoga dirimu sedar

Comments

GELAS KOSONG said…
salam akak...nk tnye..post terbaru yg kt sbelah nie akak bukak gadget yg baru ke?? ke die mmg wjud sendri ble kte post bende2 baru??
GELAS KOSONG said…
salam akak...lg stu nk tnye...gadget ape akak gune tok my blog list 2?? time kaseh...:)
nuramalinaraza said…
wassalam... utk soalan pertame... yup gadget baru... setiap ape yg kte post xkan wujud dgn sndri... kne usaha kalo nak blog cantik... akak banyak belajar dari kawan akak yang s5 lain... utk soalan kedua, yup tekan kat gadget tu n cari blog list.. tekan kat situ.. naty kamu bleh la edit kat situ... :) harap dapat membantu...

Popular posts from this blog

Buku: OFFLINE DENGAN SYAITAN

kASih IBu...

Pemergianmu…