kerana dirimu begitu berharga...
apa yang anda akan dapat bile hisap rokok??
duit habis...
anak bini mungkin sakit...
orang disekeliling akan membenci...
ini adalah sebuah cerita sebenar...
bukan ingin mengaibkan namun REALITI...
dia insan yang kusayang. namun tabiatnya yang merokok membuatkan diri ini berkecil hati...
kekadang ada juga ema menyorokkan rokok dia namun die tetap mencari dan memarahi orang disekelilingnya yang membuat perkara tersebut. tika ema sedang makan pernah ema tegur kerana ema tak dapat bernafas masa die tengah merokok. tapi die diam. ema tak nak membantah tapi ema menjauhkan diri sebentar ketika makan. sehinggakan kalau die tengah merokok ema takkan makan walaupun hanya sekeping roti. kerana asapnya bisa membuatkan ema berhenti bernafas. puas ibu menasihatinya namun mungkin tiada kesan.
hinggalah satu ari pada akhir tahun 2010. die balik dari kerja tibe jalan macam terhuyung-hayang. ema bertanye kenapa, abah hanya menjawab die rase macam kebas satu badan. ema bawa abah kebiliknya sambil ibu urut seluruh badan abah dengan minyak angin. pada jam 3 pagi ema terjaga apabila abah duduk di depan tv sambil mengurut seluruh badan. ema kebetulan terjaga kerana haus. abah menyuruh ema mengurutnya dikaki kerana abah tidak merasa kakinya. ema mulai risau macam-macam ema fikir waktu tu.
esoknya abah dibawa kehospital dan abah ditahan kat hospital selama 3 hari. doktor kate tekanan darah abah tinggi sangat dan kalu lambat abah boleh strok satu badan. ya allah masa tu Allah je tahu perasaan ema. abah la tempat kami bergantung.
lepas keluar dari hospital tu, ema nampak perubahan pada diri abah. abah terus berhenti dari merokok dan jaga setiap pemakanannya. abah dah kurang makan manis-manis dan mula aktiviti sihatnya. kalau boleh tiap hari abah nak bersihkan depan rumah dengan cara dia sendiri. ema pun tak la sampai macam tu sekali. makan pun tak jaga. abah ade juga nasihat jangan makan manis-manis dan minum ais tapi biasela ema ni degil.
ibu pun gembira dengan perubahan abah ini. sejak abah dah berhenti merokok ni abah lebih berseri-seri ema tengok muka abah. kalau ema letak nasi kat pinggan abah pun, abah akan cakap nak sikit je. kalau dulu ema masak ikot suka ati ema je, kerana abah akan makan semua yang ema dan ibu masak. tapi sekarang kena ikot cara abah. tapi memang makanan itu semua sihat. dan paling best lepas makan abah akan cari buah walaupun sepotong dan sejak dari itu ema pun akan cari buah juga lepas makan. kalau tak pun akan ade jus buah di sisi. lebih-lebih lagi buah tembikai.
abah start merokok dari awal 20an tak silap ema. jadi untuk berhenti memang susah. tapi bila abah berhenti serta merta macam tu ema bangga sangat dengan abah. tapi abah ade penyakit sampingan lain tapi abah dah pandai jage makan so tak lah tinggi sangat sampai memudaratkan diri.
dan dulu ema ade juga kawan lelaki yang rapat dengan ema merokok. bile die cakap je keluar bau rokok die. ema cakap dengan die kalo nak kawan dengan ema tinggalkan rokok. tapi die degil, mase mule perkenalan ema tak sangke die merokok. cume lepas rapat baru ema dapat tahu. ema marah dengan die bukan sebab ape, tapi kesihatan die lebih penting. tapi die plak kate ema membebel pada die. last-last ema yang tinggalkan die, ema tak pernah menyesal atas perpisahan itu kerana ema tak sanggup lihat die yang masih muda iaitu 17 tahun dah hisap rokok. tambahan lagi, kan sudah ade fatwa yang mengatakan bahawa merokok itu haram. jadi tinggalkan lah benda yang haram itu.

Comments