27.6.2014 Petang itu, kira-kira pukul 6.30 petang aku sedang leka berborak dengan ibu. Kemudian ibu mendapat panggilan dan memanjangkan kepadaku bahawa, Wan Angah dimasukkan ke unit kecemasan sejak pukul 4 petang lagi. Hati ibu mula rasa tidak keruan dan kami sekeluarga merancang untuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban selepas Maghrib. Setibanya kami ke hospital Wan masih dirawat sehinggalah hampir pukul 10 malam barulah dibawa ke wad. Keadaan ketika itu begitu tegang apabila doktor menyarankan untuk membuat pembedahan tetapi dengan keadaan Wan yang lemah dan terlalu kurus membuatkan kami semua kurang bersetuju. Tambahan lagi, doktor juga sudah mengatakan bahawa Wan sedang nazak dan berlaku pecah di dalam perut. Ketika itu hatiku dilanda kerisauan yang amat dan terbayang kenangan ketika kami sekeluarga menyambut raya di rumah Wan. Itulah kali terakhir aku melihat Wan masih menghirup udara dunia, sebelum ditolak ke dalam wad. Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 11 mal...
Comments