antara cinta & cita... :)
Ketukan di pintu mengejutkan diriku. Penuh tanda tanya siapa diluar.
Tiga helai kertas dihulurkan, ku amati dengan penuh minat.
Mata tertumpu pada kata-kata antara cinta & cita.
Dalam mengejar cita akan terbitnya cinta. Cita untuk membahagiakan orang yang membesarkan kita, cita menjadi berjaya. Disebalik itu akan terbit cinta. Cinta pada segalanya-galanya. Cinta bersifat universal. Cinta halal, cinta haram, cinta Allah, cinta ibu bapa, cinta kawan, cinta suami & isteri, cinta anak-anak.
Cinta ataupun sayang adalah fitrah setiap insan dan harus bijak menilai keikhlasan itu.
Jika ditanya pada diri ini.
Banyak rahsia yang belum terungkai.
Dan sekarang bukan masa yang sesuai mencari cinta dunia.
Kita leka dengan cinta dunia, sehingga lupa cinta YANG MAHA ESA.
Hinanya rasa.
Kecil dan kerdil.
Masihkan ada tempat untuk diri ini.
Adakah selepas kecewa dengan cinta dunia
Kita baru ingin mencari cinta ILLAHI
DIA yang tahu segalanya
DIA merindukan tangisan dan doa kita
Jangan menyalahkanNYA jika doa tidak diperkenan
DIA ingin melihat kita menangis dan merindu setiap masa pada DIA
tetapkan matlamat dan cita pada yang layak.
akan lahirlah cinta sejati
mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat
INSYAALLAH... :)
*notakaki:cintaduniapenuhonakdandurisehinggadiriiniterpaksamelepaskanpadayanglayakwalaupunpuassudahdibaikpulihhubungan
Comments