bercuti bersama adilin.. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Dari 11 April -13 April geng kubis ke Cameron Highland dan Gambang.
Nih kire release tension lepas TG2KM... Hehe.. Best sangat waktu nih..
Mase nih cuti pertengahan semester jadi dirancang mase nih sebab semua ade waktu nih...
Comelkan nama geng kteorg "kubis". Semua bermula kat Sabah lagi.. Hehe.. Bagi yang belum baca kisah ema kat sabah baca nih... trip ke sabah ...

Jadi 10 April lagi ema dah sampai kat UKM, dan belah malam kteorang kuar makan. Ok terkejut dengan ahli baru mase nih. Senyap je mule2 tapi dah lame2 boleh tahan juga die beborak.. :)
Mase makan nih citer perjalanan untuk esok hari. Pemandu kenalah tidur secukupnya malam nih. Kteorg yang xreti drive nih tidurlah mase diorg drive.. Eh.. Hehe...

Bertolak dalam pukul 1 tnghari singgah pula g lunch. Diteruskan perjalanan ke Cameron dan sampai sebelum maghrib. 2 kereta kteorang gunakan iaitu rush dan viva. Ema naik rush dan sampai kesudah ema melekat kat rush je. hehe.. Dalam rush ade 6 orang sebab kat belakang dah penuh dengan barang. Nak tahu satu fakta, barang budak lelaki lagi banyak dari barang budak perempuan.. Geleng kepala tengok bonet.. Hehe..

Sampai je Cameron, wah best tau. Sejuk je.. Bilik pun selesa. Kteorg 4 orang je. Lelaki 6 orang. Tapi di Kundasang lagi sejuk. Malam tuh kteorang g makan. Ok yang nih klaka. Bawa kereta, tapi gerai die belakang hotel kteorg je. Tak tahu salah siapa.. Hehe.. Malam tuh ema rase macam kene terok dengan diorang katenyer forever alone. Yelah yang lain beborak lepastu ade main game. Yang beborak tuh jauh plak, maen game plak ema xreti dan xnak main pun. hehe. Susah tahu tak mainan tuh.. Last2 ema cakap nak balik bilik nak tidor.. Dari kene bahan je.. Hehe..

Bangun subuh je, yang perempuan tak tidur pun. Budak lelaki tidur sampai nak kene ketuk bilik suruh diorg bangun. Bersiap pun bukan main lambat diorang nih.. Dah siap dalam pukul 9 kteorang kuar breakfast plak. Makan simple je. Ok kat sini ade babak best.. Tapi ema je tahu.. Hehe.. Nak beritahu nih, air die xmacam yang kite minum biler ade ais tuh. Die xde condensation sgt. Best je tgk air dan lambat cair.

Sejuk jugalah walaupun matahari dah terik, tapi ema macam biasa tak pakai sweater sebab nak rasa kesejukan sendiri. Dan entah bila dapat kesana kembali. Perjalanan diteruskan ke Raju Hills.. Ok nih perjalanan yang memang lama, kteorang turun kebawah sedangkan tempat die kat ats.. Papepun strawberi di Raju Hills sedap dan erm manis tau. Kalau kita makan kat bawah masam kan. Tapi kat sini die manis dan ade masam sikit. Terima kasih  FATIN ADILIN belanja strawberi. Dan kteorang dapat tengok ladang strawberi dan baru tahu strawberi keluar dari bunga die. :)

Lepastu diteruskan ke taman rama-rama.. Best sangat sebab dapat tengok pelbagai rama-rama dan ada satu gambar tuh rama-rama kat tangan.. Hehe.. Perjalanan diteruskan kekilang coklat tapi tak jumpa tempat dia, mungkin terlepas pandang kot... Last-last kteorang singgah solat dan singgah sekejap ke taman lavender tapi tengok dari luar je.. Serius cantik sangat... Bercuti bersama adilin diteruskan ke ladang teh, ambil-ambil gambar semua.. Cantik sangat pemandangan die...  Singgah pula ke pasar malam beli makanan dinner dan habis je makan ada pengumuman penting dan terus rase happy untuk diorang.. Kalau ema rakam waktu tuh mesti best sangat... Dan yang perempuan menangis dan tak tahu kenapa... Gembira mungkin...  Insyaallah akan sampai juga masanya pada semua.. :)
Semua bersiap-siap dan turun untuk minum malam dan merancang perjalanan pada esok hari...

Bangun pagi pukul 2am dan ema relakan diri duduk belakang dan start pening. Mane taknya turun Cameron tuh kan bengkang-bengkok. Lepastu ade plak cerita seram keluar tapi cerita mase kteorang breakfast la.. 2 kereta je masa sepanjang perjalanan. Ema plak asyik nak pandang belakang je. Diorang ada cita nampak anjing putih tapi ema tak nampak pun dan start kat situlah ada yang nampak dan dengar benda "lain". Breakfast masa pukul 7am. Ema dah siap pakai baju mandi, naty dah sampai teros nak main air je.. Hehe... Kterorang hantar yasmin balik temerloh sebab dia ada hal. Dalam pukul 10.30am sampai dan beli ticket dan apalagi.. TERJUN!!! Ada satu permainan nih kteorang main nak dekat 5 kali sampai berebut xnak duduk bahagian belakang.. Hehe..  Ada satu part kak aten buat aksi ngeri tapi ema tak nampak pun waktu tuh.. Hehe.. Makan tengahari fries je... Dalam pukul 2 tngahari hujan dan kami teros ke rumah haidar.

Rumah haidar teros makan. Sedap sampai ema bertambah makan.. Kalau dah namanya perempuan kenalah tolong didapur dan mak haidar memang sangat peramah... Kak aten, slalu serah kat dia nak buat air, sebab manis air dia lain sikit.. Lelaki penat tidor dan kteorang bertolak selepas maghrib dan sebelum tuh sesi bergambar. Singgah ke mall terdekat sebab nak jumpa makcik abg naz sambil tuh kteorang teman abil cari kasot dinner. Dan ema biasa lah suka layan perasaan.. Haha...

Balek naek kereta rush abg Igun lagi.  Dan teman abg Naz drive sambil tuh beborak. Banyak lagu dimainkan sebab radio xbrape betul siaran dia.. Hehe... Dalam 12am singgah RnR berehat dan tukar dengan abg igun... Ema tertidur sebab kepenatan sangat sebab tak tidur petang tuh dan sampai ke UKM dengan selamat pada 2am.























#peserta bercuti bersama adilin... kak aten, abil, yasmin, abg igun, zul, haidar, abg naz, abg afiq dan abg faris.

Comments

Popular posts from this blog

Buku: OFFLINE DENGAN SYAITAN

kASih IBu...

Pemergianmu…