suka duka TG2KM.. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
akhirnya berakhir sudah TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS (TG2KM)...
jadi ema nak crite perjalanan sepanjang program nih berlangsung, banyak juga nih
harap anda terhibur..
bermula 18 mac-31 mac 2013, satu tempoh masa yang lama..
tangisan, sedih, tension, suka dan gembira semua bagai bergabung pada aktiviti kemuncak nih..
dan ema tak terkecuali dari merasa semua rasa itu... :(

1. ICT & BOOK FAIR
start 18mac-22mac.. kat sini ade jualan buku dan gerai ict.buku-buku die best dan ade yang murah.

2. PERASMIAN TG2KM
memang gempak sangat malam nih, dengan persembahan daripada sekolah???? diteruskan dengan persembahan ulek mayang yang memang bulu roma kterorang yang tengok pun naik. gimik yang awesome. dan sampai ade ajk yang menangis disebabkan perasmian yang gempak nih.ema yang tengok pun macam nak nangis. dan ema sedar akan bermula segala suka duka sepanjang 2 minggu event nih berlangsung. tapi sehari sebelum tuh, ema tak dapat tidur nyenyak sangat disebabkan tidur dalam kereta kerana mengantok sangat dan yang lain hias pentas. celik je mata tengok pentas dah cantik.. dan paling best pukul 5 pagi waktu tuh dan semua macam ape je muke masing2... dan tros g sarapan.

3. FORUM BICARA CINTA
best tau waktu nih, ramai sangat orang waktu nih sampai luar khemah penangan CINTA mungkin.. hehe.. dan pihak nasyidfm iaitu penaja rasmi tg2km memberitahu pendengar pada forum tuh je almost 8k. lagilah bersemangat untuk meneruskan aktiviti seterusnya.masa forum tuh banyak yang ema belajar dan cuba untuk praktikkan.ahli panel masa malam tuh adalah YATT HAMZAH, USTAZAH FATIMAH SYARHA dan moderator adalah FIRDAUS dj nasyidfm...

4. PERTANDINGAN LAGU KETUHANAN
kumpulan yang bertanding sangat berbakat dan pemenang juga sukar dijangka, ada yang datang daripada melaka.publisiti tg2km amat meluas..

5. MALAM APRESIASI WANITA
malam berlangsungnya peragaan fesyen dan pertandingan tudung. cabutan bertuah yang diadakan pihak penganjur sangat lumayan. set minyak wangi dan pencuci muka disamping hadiah istimewa dari THE ROYALE BINTANG SEREMBAN. event nih program ema yang bagi ema berjaya.. alhamdulillah walaupun ada juga timbul isu. tapi ema hadapi sebagai cabaran dan akan diperbaiki tahun hadapan. dengan rekaan pentas dan susun atur kerusi yang jarang dilakukan program lain.. :)

6. PEMENTASAN PATUNG-PATUNG
7. KONSERT NASYID
8. PERTANDINGAN KUGIRAN RENTAK JUARA
9. PENUTUPAN TG2KM




















#ps: maaf tak banyak gambar.. :(

Comments

Popular posts from this blog

Buku: OFFLINE DENGAN SYAITAN

kASih IBu...

Pemergianmu…