Cara mudah mencari muka surat dalam Al-Quran



Cara mudah mencari muka surat dalam Quran..!!! 

Mari Kita Cuba....!


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)


Tip yang nak kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama-sama kita belajar...




Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82. Sekarang lihat pada Al-Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.


Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442.


BERHARAP KITA SEMUA BEROLEH MANFAAT...

ASSALAMUALAIKUM...

Comments

nasuha ismail said…
info yg berguna...
nuramalinaraza said…
trime kasih... semoga dipraktikkan bersama... :)

Popular posts from this blog

Buku: OFFLINE DENGAN SYAITAN

kASih IBu...

Pemergianmu…